NOTIS DAN KEBENARAN DI BAWAH AKTA PERLINDUNGAN DATA PERIBADI 2010
Akta Perlindungan Data Peribadi 2010 (selepas ini dirujuk sebagai “PDPA”), yang mengawal selia pemprosesan data peribadi dalam transaksi komersial digunakan terhadap Suez Capital Sdn Bhd dan anak syarikatnya (selepas ini dirujuk sebagai “Suezcap”, “kita” atau “kami”). Untuk tujuan notis bertulis ini, terma-terma “data peribadi” dan “pemprosesan” mempunyai maksud sepertimana yang tertakluk dalam PDPA.
Notis bertulis ini bertujuan untuk memaklumkan kepada anda bahawa data peribadi anda (termasuk syarikat / perkongsian / perniagaan dan lain-lain) sedang diproses oleh atau bagi pihak Suezcap.
Sila ambil perhatian bahawa kami mungkin meminda notis ini pada sebarang masa tanpa notis terlebih dahulu dan sebarang pemindaan akan dimaklumkan melalui laman sesawang rasmi kami (www.suezcap.com. )
Data peribadi yang diproses oleh kami termasuk butir peribadi seperti nama anda (termasuk syarikat / perkongsian / nama perniagaan), nombor kad pengenalan (KP) baru dan lama, sijil lahir, nombor passport, nombor pendaftaran syarikat / perkongsian / perniagaan, tarikh lahir, umur, tempat lahir, tarikh ditubuhkan syarikat / perkongsian / perniagaan dan lain-lain), jantina, bangsa, kewarganegaraan, status perkahwinan, nama dan jawatan hubungan terdekat / orang hubungan, nombor telefon, nombor faksimili, alamat pos, alamat e-mel, nombor lessen memandu, model / buatan kereta, nombor cukai pendapatan, nombor Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), nombor Pertubuhan Keselamatan Social (PERKESO), data peribadi sensitif seperti nama dan nombor akaun bank, status kewangan, agama, ketinggian, berat badan, pendapatan kasar atau bersih semasa dan masa lalu (bulanan / tahunan), profil pendidikan, sejarah / profil kesihatan, sejarah kerjaya / pekerjaan (termasuk keterangan atas insiden seperti disiplin / notis / prosiding, tindakan sama ada dalam bentuk analog & rakaman / format digital; jika ada untuk pekerja Suezcap, pekerjaan, maklumat perujuk, keluarga / syarikat / perkongsian / profil atau butir terperinci perniagaan, syarikat / perkongsiaan, perniagaan pegangan saham / pengarah / pegawai yang diberi kuasa / butir peribadi pekerja, hobi / rekreasi & gaya hidup, sejarah pembelian produk / penebusan hadiah, penyertaan pertandingan / cabutan bertuah dan lain-lain lagi seperti yang anda kemukakan dalam dokumen-dokumen yang disenaraikan dalam Seksyen 5 notis ini dan semua butiran lain yang berkenaan.
Kami memproses data peribadi anda, termasuk maklumat tambahan yang mungkin akan anda kemukakan kemudian untuk tujuan-tujuan berikut (“Tujuan-Tujuan”) : –
Data peribadi anda telah dan akan diperolehi / diterima daripada anda dan / atau daripada maklumat yang telah anda kemukakan dalam e-mel / faksimili / borang permohonan / pendaftaran, maklumat yang akan anda kemukakan pada kami dari masa ke semasa dan daripada pihak ketiga seperti majikan terdahulu, institusi kewangan, insurans, pembekal perkhidmatan dan lain-lain lagi.
Data peribadi anda mungkin dizahirkan kepada pihak-pihak termasuk tetapi tidak terhad kepada majikan masa depan, institusi kewangan dan insurans, pembekal pemprosesan maklumat / data, pembekal perkhidmatan pemeriksaan kredit rujukan, pembekal penyelesaian maklumat teknologi, juruaudit, jabatan dan agensi kerajaan, badan berkanun / pengawalseliaan, syarikat-syarikat berkaitan dan / atau ahli Suez Capital Sdn Bhd dan anak-anak syarikat yang berkenaan, rakan-rakan kongsi perniagaan, pembekal perkhidmatan dan mana-mana pihak ketiga yang anda minta atau membenarkan kami untuk menzahirkan data peribadi anda kepada mereka untuk tujuan di atas atau sebarang tujuan lain di mana data peribadi anda telah dizahirkan pada masa pengumpulan atau mana-mana tujuan lain yang berkaitan secara langsung kepada Tujuan-Tujuan tersenarai di atas.
Sekiranya anda gagal untuk mengemukakan data peribadi anda yang diperlukan kepada kami, berkemungkinan kami akan tidak dapat memproses data peribadi anda untuk mana-mana Tujuan tersenarai di atas.
Anda bertanggungjawab untuk memastikan bahawa data peribadi yang dikemukakan adalah terkini / tepat, lengkap dan tidak mengelirukan.
Kami boleh meminta kerjasama anda untuk mendapatkan kebenaran pihak ketiga di mana data peribadi mereka telah anda kemukakan kepada kami dan anda bersetuju untuk berbuat demikian dengan usaha terbaik anda.
Sekiranya terdapat sebarang percanggahan / ketidakselarasan di antara versi Bahasa Inggeris dan versi Bahasa Malaysia untuk notis ini, maka versi Bahasa Inggeris akan dikuatkuasakan.
Keutamaan Privasi dan Cara Hubungi Kami
Anda boleh mengakses dan memohon untuk membuat pembetulan data peribadi anda serta memhubungi kami untuk sebarang pertanyaan atau aduan berkenaan dengan data peribadi anda seperti berikut :
Bahagian | Komunikasi Korporat |
Nombor Telefon | 603 – 7941 1199 |
Nombor Faksimili | 603 – 7941 1133 |
Alamat E-mel | corpcomm@suezcap.com |
Alamat Surat-Menyurat | Suez Capital Sdn Bhd E-35-01, Menara Suezcap 2, KL Gateway, No 2, Jalan Kerinchi, Gerbang Kerinchi Lestari, 59200 Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan Malaysia |
Kami berhak untuk tidak memenuhi permintaan anda untuk mengakses atau membuat pembetulan ke atas data peribadi anda dan sekiranya kami tidak dapat memenuhi permintaan tersebut, kami akan memaklumkan kepada anda alasan yang sewajarnya.
Had Pemprosesan Maklumat Peribadi Anda
Sekiranya anda : –
Sila maklumkan kami secara bertulis kepada alamat tertera dalam Seksyen 11 di atas.
Sekiranya tiada sebarang makluman secara bertulis daripada anda, kami akan menganggap bahawa anda bersetuju dengan pemprosesan, penggunaan dan penyebaran / perkongsian data peribadi anda mengikut cara, setakat dan dalam skop notis ini.
Sekiranya anda tidak bersetuju dengan pemprosesan data peribadi anda seperti di atas, kami tidak akan mampu menyalurkan sebarang maklumat mengenai peluang pekerjaan, peluang pemilikan / perniagaan / komersial, pemprosesan bayaran / bil dan lain-lain demi membekalkan produk atau perkhidmatan kami, manfaat yang anda layak memiliki sebagai pekerja / pelanggan / pembekal perkhidmatan kepada Suezcap.